Tuesday, February 15, 2011

Siapa Juara PK2?


Livonia ada penampilan yang menarik.
Ahad ini seorang lagi pelakon baru bakal bergelar juara program realiti Pilh Kasih musim kedua. Siapa agaknya yang bakal dinobatkan sebagai juara?
Tujuh anak muda akan berentap di pentas final iaitu Ku Hariz, Livonia, Lia Natalia, Jay Izwazir, Yuzwan Yunus, Mira Amnas dan Nur Jannah. Masing-masing ada kekuatan tersendiri.


Lia Natalia juga sering menarik perhatian.
Apa agaknya komen Rosyam Nor pasal tujuh finalis ini?

Kata Rosyam: "Saya tak berani nak sebut mana-mana nama yang bakal jadi juara kerana ia bergantung kepada persembahan mereka pada malam final nanti.
"Kalau mereka pelakon berbakat, tapi pada malam final nanti persembahan mereka menurun dan tak menarik perhatian, mereka tidak akan jadi juara.
"Saya pernah buang peserta yang saya suka dan selalu berlakon dengan baik apabila mereka tidak mempamerkannya pada Pentas Pilih Kasih mingguan.
"Malam final macam itu juga. Kalau mereka berjaya menunjukkan lakonan yang memberangsangkan dan ditambah pula dengan disiplin yang baik, merekalah yang akan jadi juara Ahad ini."
Antara nama yang disebut-sebut mempunyai peluang tinggi ialah Ku Hariz, Livonia dan Lia Natalia. Selain sering mendapat undangan tinggi peminat, mereka juga antara yang selalu mendapat pujian dan mutu persembhan yang semakin hari semakin meningkat.
Juara tak semestinya popular

Ku Hariz, mula kumpul ramai peminat.
Rosyam juga sering memberikan gambaran situasi sebenar kepada kesemua peserta bahawa Pilih Kasih hanya sebagai tapak memberikan ilmu lakonan dan pendedahan dan tidak semestinya mereka terus boleh mencipta nama selepas program tamat.
Malah Rosyam meletakkan masa selama dua tahun kepada mereka kerana pelakon memerlukan peningkatan dari semasa ke semasa untuk membuktikan kewibawaan mereka.
"Saya selalu cakap kepada mereka, tidak semestinya juara atau finalis akan lebih berjaya selepas ini. Mungkin yang sudah terkeluar awal akan lebih dahulu mencipta nama.
"Semuanya bergantung kepada apa yang akan mereka lalui selepas ini. Pelakon tidak sama dengan penyanyi yang boleh jadi popular sekiranya dapat sebuah lagu yang baik dan diterima peminat," kata Rosyam.
Sementara itu guru-guru Pilih Kasih, Aziz M. Osman dan Erma Fatima menjanjikan peluang kepada artis Pilih Kasih untuk terlibat dalam produksi mereka selepas ini.
Malah Aziz sudah ada beberapa nama yang bakal berlakon dalam filem Azura yang diarahnya. Erma juga akan serapkan anak didiknya dalam produksi terkini.
"Saya memenang sentiasa mencari pelakon baru untuk bekerja dengan saya. Melalui program ini saya sudah dapat ramai pelakon baru yang boleh diketengahkan.
"Mengapa saya perlu cari di luar yang kadang-kadang ada yang masih berstatus `kayu' sedangkan saya sudah ada pelakon yang sudah terbentuk?" kata Aziz.
Pilih Kasih final akan diadakan di Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Negeri Sembilan dan disiarkan secara langsung pada pukul 9.00 malam di TV2. Pilih Kasih dibawakan oleh TM selaku penaja utama.

No comments:

Post a Comment