Tuesday, February 15, 2011

Emilia Teringin Show Di Malaysia

legenda Indonesia, Emilia Contessa sudah mengubat kerinduan peminatnya di Singapura dalam satu persembahan istimewa hujung minggu lalu. Show Eksklusif Hi Tea Bersama Emilia Contessa itu mendapat sambutan memberangsangkan.
Emilia juga sangat teruja mengadakan persembahan kerana dia terlebih dahulu dikenali di Singapura dan Malaysia sebelum mencipta nama di negaranya, Indonesia. Sebab itulah persembahan itu sangat mengujakan penyanyi berstatus ahli politik itu.

Suara Emilia masih power.
"Saya banyak juga dapat tawaran mengadakan persembahan di Indonesia, tapi saya sangat selektif dan menerima undangan tertentu sahaja. Jarang-jarang saya terima.

"Tapi bila dapat undangan untuk mengadakan show di Singapura, saya terus menerimanya tanpa berfikir panjang. Show di Singapura sangat bermakna buat saya," kata Emilia kepada hampir 800 penonton persembahannya.

Malah bintang yang meledak dengan filem Akhir Sebuah Impian itu turut menanti tawaran mengadakan persembahan di Malaysia kerana sudah lama tidak bertemu peminat di Malaysia.


Ditemubual wartawan Melodi.



Sekiranya ada tawaran dia juga tidak akan berfikir panjang sebagaimana menerima undangan di Singapura.

Persembahan di Ballroom Orchid Country Club, Singapura pada 12 Februari lalu itu dibawakan oleh Orange dengan kerjasama Produksi Mata Hati, Q & Que dan Life Records. Ia juga sebagai mempromosikan DVD filem Akhir Sebuah Impian yang mendapat sambutan hangat di Singapura.
Peminat teruja

Dania menerima selendang lelongan amal daripada Emilia.
Sepanjang persembahan, peminatnya tidak putus-putus menyanyi bersama-sama.

Malah bila Emilia menganjak peminat naik ke pentas untuk menyanyi bersama-sama, tak perlu menunggu masa lama, malah ramai yang secara sukarela mahu naik sehingga pentas sarat.
Ada yang datang ke pentas untuk memberikan hadiah kenang-kenangan kepada penyanyi kesayangan mereka itu.
Emilia menyanyikan lagu-lagu antaranya Akhir Sebuah Impian, Penasaran, Pak Pung Pak Mustafe, Ibu Tiri, Jatuh Cinta, Angin Malam, Hitam Manis, Burung Dalam Sangkar, Mimpi Sedih, Nasib Pengembara dan beberapa lagi.
Penyanyi itu turut memperdenarkan lagu lama yang dirakam kembali dalam sebiah album baru dariapdanya. Emilia merakam semula lagu Seroja dan Belas Kasihan. Lagu barunya diberi sentuhan irama padang pasir.

No comments:

Post a Comment