Thursday, February 17, 2011

Sahrul Gunawan Macam Ustaz

Ada artis yang ragu untuk berhijrah kerana bimbang rezeki mereka akan terbatas. Tapi sekarang semakin ramai artis wanita bertudung yang tak kering tawaran untuk mereka menyanyi atau berlakon.
Pelakon dan penyanyi Indonesia Sahrul Gunawan turut berhijrah apabila mula menghasilkan album lagu-lagu relegi. Dia juga mengusahakan pakej mengerjakan umrah dan haji sejak empat tahun lalu. Rezekinya tak pernah putus.

"Sekarang saya menjadi pengacara program berkonsep agama, Halal di saluran Trans TV. Ia sebuah program yang membicarakan perkara asas dalam kehidupan dan hukum-hukumnya. Antaranya persoalan mewarnakan rambut bagi orang Muslim dan sebagainya.

"Program ini ke udara pada pukul 6.00 pagi hati Khamis dan Jumaat dan ia berkonsep rakaman. Sekali rakaman biasanya saya buat untuk dua episod," kata Sahrul semasa ditemui di Singapura baru-baru ini.
Nampaknya Sahrul semakin dekat dengan hal berkaitan agama. Pemilihannya dibuat kerana bisnesnya dalam pakej umrah dan haji serta penerimaan peminat terhadap lagu religi yang dihasilkannya. Dia akan membawa lebih 100 jemaah mengerjakan umrah pada 24 Februari ini.
"Saya sering dikaitkan dengan perkara berkaitan agama. Kalau ada program berkaitan agama, penerbit akan nampak wujudnya saya di situ. Alhamdulillah, usaha saya menghasilkan album religi telah diterima.
"Selepas beberapa kali program Halal ke udara, saya rasa diri saya macam ustaz pula sebab ada peminat yang datang kepada saya untuk bertanya pasal hukum membuat sesuatu perkara," kata Sahrul kepada Mangga Online.
Sahrul ditemui ketika diundang menghiburkan peminat dalam majlis sambutan Maulidul Rasul di padang berdekatan Masjid Aman, Singapura baru-baru ini. Sebelum itu dia baru pulang dari Taiwan menghiburkan tenaga kerja Indonesia di negara itu.
"Dalam masa yang sama saya mempromosikan pakej umrah kepada mereka. Ada yang mahu menghantar ibu mereka ke tanah suci, tapi takut tertipu. Apabila saya ke sana dan mendapat sokongan pihak yang berkaitan, mereka yakin dan percaya," katanya.

No comments:

Post a Comment