Thursday, February 24, 2011

Izumi cintai lelaki tua



DUNIA hiburan di Jepun baru-baru ini gempar seketika apabila ada khabar angin mengatakan pelakon dan model berbakat, Izumi Mori mempunyai hubungan sulit dengan lelaki berusia.
Menerusi khabar angin tersebut, Izumi yang berusia 28 tahun dikatakan telah bercinta dengan Ken Koshizoe, seorang lelaki yang kini berusia 57 tahun. Ken adalah bekas suami kepada Nobuko Kotegawa yang juga kakak kepada pelakon terkenal Yuko Kotegawa.
Difahamkan bahawa Ken terbabit dalam pengurusan Persatuan Pelayaran Profesional Jepun, manakala Izumi pula diketahui adalah seorang yang meminati sukan kapal layar.
Menurut sumber terdekat pelakon itu, mereka berdua mula berkenalan beberapa tahun yang lalu apabila Izumi mengunjungi kedai menjual peralatan pelayaran yang diusahakan Ken.
"Bagaimanapun, Izumi memberitahu yang dia sendiri tidak mengetahui bahawa Ken sudah pun berumah tangga," ujar sumber tersebut.
Tambahnya: "Dia hanya mengetahui tentang perkara tersebut ketika ditemu bual oleh majalah mingguan Friday. Namun dikatakan hubungan kedua-duanya kini telah putus."

No comments:

Post a Comment