Saturday, February 26, 2011

Scha & Awal Bakal Bertunang



Hampir dua tahun bercinta, pelakon, Scha dan Awal Ashaari dikhabarkan bakal melangsungkan pertunangan tidak lama lagi. Malah, pasangan ini juga dikatakan sudah menempah busana untuk digayakan di hari pertunangan itu.
Namun, ketika ditemui di sidang media Anugerah Bintang Popular 2010 baru-baru ini, Scha menafikan berita pertunangannya itu. 
Memang merancang untuk bertunang dan masih mencari masa yang sesuai, Scha bagaimanapun menafikan cerita dia sudah menempah pakaian.
"Saya dan Awal memang ada merancang untuk bertunang, tapi kerana terlalu sibuk dengan macam-macam perkara yang berkaitan dengan kerja, jadi kami tidak ada masa untuk membincangkannya secara terperinci.
"Cerita saya sudah menempah pakaian pertunangan itu sebenarnya tidak benar, dan saya sendiri tidak pernah pergi berjumpa dengan mana-mana pereka fesyen untuk berbincang tentang pakaian pertunangan.
"Saya dan Awal pasti akan bertunang, hanya waktu dan tarikh yang sesuai saja yang belum diketahui, tapi Insya-Allah, jika ia akan berlaku dalam tahun ini juga.
"Tentang majlis, saya dan Awal tidak merancang untuk membuatnya secara besar-besaran, cukuplah sekiranya ia berlangsung dengan keadaan yang ringkas tetapi ia dihadiri oleh orang-orang yang cukup rapat dengan saya,"jelas Scha. 

Thursday, February 24, 2011

Selamat Tinggal Dunia Lakonan - Azizah Mahzan

Pelakon Azizah Mahzan bertekad untuk meninggalkan dunia lakonan selepas kecewa dengan drama terakhirnya Spa Qistina gara-gara skrip yang diberikan kepadanya tidak berkualiti dan kurang berprofessional. Menurut Azizah kepada dalam laman mStar baru-baru ini, dia tidak mengharapkan sebuah skrip yang terlalu bagus tetapi cukuplah tidak menampakkannya sebagai seorang yang bodoh.

Soal skrip itulah yang membuatkan Azizah menjadi tidak karuan. Hatinya yang dulu ingin mengundurkan diri dari bidang lakonan, kini sudah tercapai. Azizah bakal meninggalkan dunia lakonan dengan langkah yang terbaik yakni perubahan menutup kepala (tudung). Dan sebagai peminat-peminatnya, anda semua doakan lah yang terbaik untuk Azizah. Selepas ini Azizah akan ke luar negara mencari rezeki di sana dimana dia mahu bekerja sendiri (businesswoman). Semoga berjaya Azizah. :) -Sumber mStar

14,000 bakal saksikan konsert Maher

PENANGAN penyanyi Islamik, Maher Zain mendendangkan lagu popularnya, Insha Allah dan Thank You Allah cukup menambat hati ramai penonton.
Fenomena baru dicetuskan penyanyi kelahiran Tripoli, Lebanon tetapi membesar di Sweden ini berjaya menarik minat masyarakat Islam khususnya mendekati muzik sebagai unsur dakwah, bersatu dan paling penting, sentiasa mengingati Allah yang Maha Esa.

Selepas meraih sambutan menggalakkan daripada peminat dalam dua kunjungan sebelum ini, Maher sekali lagi berkunjung menjayakan konsert Maher Zain Live In Concert - Mercy To Mankind yang akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam Selangor selama dua hari bermula esok jam 7.45 malam.

Merancakkan konsert julung kali ini dianjurkan Inteam Records Sdn Bhd bersama Fiero Sdn Bhd dan kerjasama Awakening Entertainment (United Kingdom), Maher berkesempatan hadir ke Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur kelmarin. Sempena konsert ini, akhbar harian bahasa Melayu nombor satu ini tampil sebagai media rasmi. Sebanyak 200 tiket percuma disediakan untuk pembaca bertuah yang menjawab soalan dan memberi slogan menarik dalam peraduan disertakan.

Kata Maher, dia sangat teruja untuk menjayakan persembahan ini yang menjadi platform mendekati peminat berhibur bersamanya. Dia yang tiba di Kuala Lumpur Ahad lalu, berkata segala persiapan berjalan lancar dan tidak sabar menantikan persembahan yang mengambil masa hingga tengah malam.

"Sebanyak 12 hingga 13 lagu akan saya nyanyikan pada malam itu bersama persembahan pembukaan kumpulan Inteam. Persembahan saya bermula jam 10 malam dan ada kejutan menerusi lagu baru yang akan saya sampaikan. Saya sendiri berbangga menghiburkan peminat yang hadir nanti," katanya.


Bagi Maher yang menghabiskan masa lebih seminggu di sini akui, sambutan peminat terhadap lagunya suatu kejutan dan di luar jangkaan. Album debut, Maher Zain Thank You Allah meraih jualan melebihi 150,000 unit di sini.

Ini adalah kunjungan ketiga Maher selepas mengadakan showcase Oktober tahun lalu dan persembahan amal pada Disember lalu tetapi kali ini persembahan berskala besar. Penyanyi yang bakal bergelar bapa April ini, dijangka menyanyikan dua single baru, Freedom (membawa makna perjuangan) dan No.1 For Me (ditujukan kepada ibu).

Izumi cintai lelaki tua



DUNIA hiburan di Jepun baru-baru ini gempar seketika apabila ada khabar angin mengatakan pelakon dan model berbakat, Izumi Mori mempunyai hubungan sulit dengan lelaki berusia.
Menerusi khabar angin tersebut, Izumi yang berusia 28 tahun dikatakan telah bercinta dengan Ken Koshizoe, seorang lelaki yang kini berusia 57 tahun. Ken adalah bekas suami kepada Nobuko Kotegawa yang juga kakak kepada pelakon terkenal Yuko Kotegawa.
Difahamkan bahawa Ken terbabit dalam pengurusan Persatuan Pelayaran Profesional Jepun, manakala Izumi pula diketahui adalah seorang yang meminati sukan kapal layar.
Menurut sumber terdekat pelakon itu, mereka berdua mula berkenalan beberapa tahun yang lalu apabila Izumi mengunjungi kedai menjual peralatan pelayaran yang diusahakan Ken.
"Bagaimanapun, Izumi memberitahu yang dia sendiri tidak mengetahui bahawa Ken sudah pun berumah tangga," ujar sumber tersebut.
Tambahnya: "Dia hanya mengetahui tentang perkara tersebut ketika ditemu bual oleh majalah mingguan Friday. Namun dikatakan hubungan kedua-duanya kini telah putus."

Wednesday, February 23, 2011

Aktor Rela dikongkong Kekasih

Aktor muda yang sorang ni dah heboh dah pasal cintanya dengan seorang wanita yang sedikit berusia. Tak kisahlah sebab jodohkan tidak mengenal usia. Asalkan mereka bahagia, tak apalah.
Yang membuatkan orang sekeliling tak kuasa dengan aktor ni ialah sifatnya yang over sangat nak menunjukkan dia caring terhadap si buah hati sehingga melibatkan orang lain.

Macam ni ceritanya. Baru-baru ini adalah kelibat aktor ni bersama pelakon wanita lain ke sebuah majlis. Biasalah, bila melibatkan tajaan ada masanya pihak penaja mahu menggandingkan si lelaki dengan wanita. Kebetulan seorang pelakon cantik lain yang digandingkan dengan si aktor ni.

Bila buah hatinya dapat tahu, dan timbul rasa cemburu, aktor ni jadi gelabah tak tentu pasal. Untuk mengurangkan rasa cemburu si buah hati, aktor ini suruh pelakon baru tadi menghubungi buah hatinya dengan tujuan memberitahu bahawa mereka tiada apa-apa hubungan, sebaliknya sekadar digandingkan dalam majlis itu sahaja.
Apasal pulak nak kena call bagai. Memang sah-sahlah mereka tak ada hubungan sebaliknya sekadar bersama dalam majlis itu atas permintaan penganjur sahaja. Pelakon baru tu tak mahulah menghubungi buah hati aktor tadi sebab takmahu terlibat dalam masalah mereka.
Apatah lagi memang di antara mereka tiada apa-apa hubungan pun. Buat apa dia nak call buah hati si aktor. Bijak jugak artis baru yang berbibir seksi itu. Walaupun baru dalam dunia seni, dia bijak membuat keputusan. Dia tak mahu mengeruhkan keadaan.
Bila Kita risik-risik, rupanya siaktor ini memang begitu sifatnya kalau dah jatuh cinta. Dia memang seboleh-bolehnya mahu menjaga hati kekasih dan tak mahu kekasihnya terluka barang sedikit pun. Caringnya berlebih had.
Sebab itulah jugak cinta lalunya putus kerana si kekasih rimas bila over sangat dia nak menunjukkan caring. Caringnya sampai kekasih naik rimas. Agaknya kekasih baru yang sedikit berusia itu suka bila ada lelaki muda tyang caring dengannya. Secocoklah tu namanya.
Yang membuatkan orang sekeliling tak kuasa dengan aktor ni ialah sifatnya yang over sangat nak menunjukkan dia caring terhadap si buah hati sehingga melibatkan orang lain.

Kita: Hanya caring kepada yang seorang itu aja.

dipetik dr mangga

Perkahwinan Krisdayanti,Raul Makin Hampir


JAKARTA - Tarikh pernikahan penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti atau KD dengan ahli perniagaan Timor Leste, Raul Lemos dikatakan semakin hampir, lapor akhbar KOMPAS.com semalam.
Difahamkan, banyak persiapan telah dilakukan termasuk gaun pengantin yang akan dipakai pada majlis pernikahan KD.
Penyanyi yang popular menerusi lagi Menghitung Hari itu memilih Raul yang merupakan duda anak dua tersebut sebagai bakal suaminya.
Sepasang baju pengantin yang disiapkan lebih awal telah dipakai oleh pasangan tersebut pada sesi penggambaran fotografi praperkahwinan mereka di kawasan Kota Tua, Jakarta Utara di sini.
Pereka baju pengantin KD, Ivan Gunawan yang mendedahkan maklumat mengenai sesi fotograsi tersebut.
Menurut Ivan, baju pengantin yang diciptanya telah dipakai oleh KD dan Raul semasa mereka merakamkan gambar praperkahwinan baru-baru ini.
Ivan mengaku dia cukup gembira kerana mendapat sepenuh kepercayaan daripada selebriti jelita Indonesia itu untuk menjahit dua baju pengantin sempena hari bersejarah tersebut.
"Sehelai baju itu adalah baju pengantin manakala sehelai lagi gaun koktel. Selain itu, dia (KD) meminta saya menghasilkan satu gaun berwarna putih dengan tema klasik untuk dipakai sewaktu rakaman gambar," ujar Ivan.
Sementara itu, baju akad nikah dan resepsi persandingan pasangan itu disahkan mendapat sentuhan pereka fesyen kebaya popular, Anne Avantie.
Pasangan itu dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan sempena ulang tahun kelahiran ke-36 Krisdayanti pada 24 Mac ini.
Majlis perkahwinan pasangan itu pula dijadualkan berlangsung di Hotel Mulia, Senayan di sini.
KD sebelum ini berkahwin dengan Anang, 42, yang juga seorang penyanyi dan mereka memiliki dua cahaya mata.
Pasangan itu bercerai secara rasmi selepas Hari Raya Aidilfitri pada 2009. - Agensi

 

Tuesday, February 22, 2011

Aizat Bertemu Pengganti Liyana Jasmay

Wahh..khabarnya penyanyi popular Aizat Amdan sekarang ini sedang bahagia bermain cinta? betulkah tekaan Mangga ni? ini bukan cerita rekaan yer..Baru-baru ni Mangga dapat berita daripada seorang teman Mangga yang kebetulan terserempak dengan Aizat di sebuah konsert yang baru berlangsung di Kuala Lumpur tempoh hari.
Katanya lagi, Aizat datang dengan seorang perempuan cantik, dan mereka kelihatan mesra berdua. Malah, mereka juga dilihat berpimpinan tangan sewaktu memasuki kedalam dewan konsert.
Amboi..nampaknya bukan Liyana Jasmay saja yang sudah bertemu kekasih baru, malah teman tapi mesranya dahulu juga sudah ada kekasih hati.
Aizat pernah beritahu Mangga dulu, dia sudah bersedia bercinta malah, dia juga dapat menulis lagu-lagu yang baik sekiranya berada dalam hubungan cinta. Hmm..lepas ni pasti lagu-lagu Aizat bertambah meletop!
Mangga muda doakan Aizat bahagia dengan cinta barunya, dan lepas ni bolehlah Aizat berkongsi cerita dengan Mangga tentang kekasih baru itu yer...
Mangga muda: jangan bercinta lama-lama yer.


Wahh..khabarnya penyanyi popular Aizat Amdan sekarang ini sedang bahagia bermain cinta? betulkah tekaan Mangga ni? ini bukan cerita rekaan yer..Baru-baru ni Mangga dapat berita daripada seorang teman Mangga yang kebetulan terserempak dengan Aizat di sebuah konsert yang baru berlangsung di Kuala Lumpur tempoh hari.
Katanya lagi, Aizat datang dengan seorang perempuan cantik, dan mereka kelihatan mesra berdua. Malah, mereka juga dilihat berpimpinan tangan sewaktu memasuki kedalam dewan konsert.
Amboi..nampaknya bukan Liyana Jasmay saja yang sudah bertemu kekasih baru, malah teman tapi mesranya dahulu juga sudah ada kekasih hati.
Aizat pernah beritahu Mangga dulu, dia sudah bersedia bercinta malah, dia juga dapat menulis lagu-lagu yang baik sekiranya berada dalam hubungan cinta. Hmm..lepas ni pasti lagu-lagu Aizat bertambah meletop!
Mangga muda doakan Aizat bahagia dengan cinta barunya, dan lepas ni bolehlah Aizat berkongsi cerita dengan Mangga tentang kekasih baru itu yer...
Mangga muda: tak suka bercinta lama-lama, banyak cabarannya.

"Saya Bukan Perampas"-Neelofa

<><><><><><>
<>
<><><><><><>


"Saya Bukan Perampas"-Neelofa
Dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan cinta yang terjalin antara aktres Maria Farida dan Shahz Jaszle, nama Neelofa sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan ini tercalar.
Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa binti Mohd Noor, bukan sahaja dijadikan penyebab keretakan hubungan  pasangan itu, malah dia juga dikatakan sedang bermain cinta bersama Shahz Jaszle.
Hubungan yang terjalin sewaktu mereka sama-sama menjayakan penggambaran filem terbaru arahan Aziz M. Osman, Azura 2011 itu dikatakan menjadi intim lantas membuatkan shahz Jaszle memutuskan hubungannya bersama Maria Farida setelah enam bulan mereka menjalinkan hubungan cinta.
Selain itu, Shahz juga dikatakan sanggup memandu seorang diri untuk bertemu Neelofa di Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut hari lahir wanita itu dan ia sekali gus menjadi punca Maria Farida menolak untuk bergandingan dengannya semula dalam drama bersiri, Asmara 2.
Enggan menyalahkan sebelah pihak, Manggaonline menghubungi Neelofa untuk mendengar penjelasan daripada pihaknya pula.
Menyangkal seratus peratus dakwaan yang mengatakan dia menjalinkan hubungan bersama Shahz, Neelofa yang mesra di sapa Lofa itu menegaskan hubungannya dengan Shahz tidaklah serapat mana.
Apa sebenarnya hubungan antara Shahz dan lofa?
Saya tiada apa-apa hubungan dengan Shahz, apatah lagi kami baru sahaja berkenalan sewaktu di Paris tempoh hari. Sebelum ini saya tidak pernah mengenali Shahz.
Saya baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasih saya, pada awal Januari yang lalu, jadi tidak mungkin dalam masa terdekat ini saya boleh menerima cinta daripada orang lain.
Saya terkejut bila nama saya dikaitkan menjadi penyebab keretakan hubungan Shahz dengan Maria Farida, sedangkan saya tidak pernah masuk campur hubungan mereka, dan saya juga bukan perampas hak orang.
Lofa tahu Shahz kekasih Maria Farida?
Saya tahu, dan saya tahu hubungan mereka sudah mula berantakan sewaktu Maria Farida tidak membenarkan Shahz menerima tawaran filem Azura 2011 ini.
Ini bermakna sebelum Shahz ke Paris, mereka sudah mula bergaduh dan hubungan mereka sudah renggang. Walaupun begitu,saya tidak pernah ambil kisah ataupun bertanya pada Shahz tentang hubungan mereka, walaupun sering saja lihat Shahz bergaduh di telefon.
Maria ada hubungi Lofa?
Ada beberapa kali dia hubungi saya, yang pertama dia membuat panggilan menggunakan ‘private number’ dan kemudiannya hanya menggunakan sms tetapi saya tidak layan.
Dia bertanya dengan cara baik dan bukan dalam keadaan marah-marah, iaitu sama ada betul saya bercinta dengan Shahz? dan saya sudah menerangkan perkara yang sebenar walaupun saya tahu dia tidak percaya kata-kata saya.
Saya hanya bercakap benar, saya sudah beritahu semuanya. Selepas cerita ini keluar surat khabar Ahad lalu, dia tidak ada lagi menghubungi saya.
Benarkah Shahz Ke Pulau Pinang untuk sambut hari lahir Lofa?
Tidak! kalaulah boleh pihak produksi Asmara 2 mengeluarkan kenyataan, rasanya mereka setuju dengan kata-kata saya.
Jadual Shahz penuh, jadi mana dia ada masa untuk datang ke Pulau Pinang semata-mata untuk sambut hari lahir saya sahaja.
Selepas pulang daripada Paris, Shahz dan Lofa masih berhubung?
Penggambaran kami masih belum selesai, jadi kami masih berhubung untuk menguruskan beberapa perkara yang berkaitan seperti urusan memulangkan pakaian tajaan, selain itu tiada.
Cuma, selepas cerita ini keluar akhbar, Shahz ada hubungi saya supaya tidak terlalu memikirkan perkara ini kerana ia hanya gosip dan ia akan reda di kemudian hari.
Dia juga minta maaf pada saya dan keluarga, kerana turut terkena tempias daripada gosipnya.
Secara jujurnya, bagaimana Lofa menerima gosip ini?
Saya seorang yang simple, senang berkawan dan mudah mesra, tetapi bila membabitkan sesuatu yang kurang enak pada kerja dan nama saya, sebolehnya saya akan cuba menjelaskan secara tegas tentang keadaan sebenar.
Kalau kenyataan itu tidak benar, dan saya mempunyai hak bersuara, saya akan bersuara bagi menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.
Bagaimana dengan perkembangan filem Azura 2011?
Setakat ini kami baru habis lakukan 12 babak, dan masih belum menjalankan penggambaran di Malaysia. Penggambaran akan dilakukan semula selepas Abang Aziz M. Osman selesai menunaikan umrah nanti.
Shahz juga sibuk dengan penggambaran Asmara 2, jadi mungkin dalam bulan April ataupun Mei kami akan sambung penggambaran semula.
Saya memang teruja untuk berlakon filem ini, kerana ia merupakan lakonan pertama saya.
Dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan cinta yang terjalin antara aktres Maria Farida dan Shahz Jaszle, nama Neelofa sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan ini tercalar.
Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa binti Mohd Noor, bukan sahaja dijadikan penyebab keretakan hubungan  pasangan itu, malah dia juga dikatakan sedang bermain cinta bersama Shahz Jaszle.
Hubungan yang terjalin sewaktu mereka sama-sama menjayakan penggambaran filem terbaru arahan Aziz M. Osman, Azura 2011 itu dikatakan menjadi intim lantas membuatkan shahz Jaszle memutuskan hubungannya bersama Maria Farida setelah enam bulan mereka menjalinkan hubungan cinta. 
neelofa menafikan hubungannya bersama Shahz Jaszle

Selain itu, Shahz juga dikatakan sanggup memandu seorang diri untuk bertemu Neelofa di Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut hari lahir wanita itu dan ia sekali gus menjadi punca Maria Farida menolak untuk bergandingan dengannya semula dalam drama bersiri, Asmara 2.
Enggan menyalahkan sebelah pihak, Manggaonline menghubungi Neelofa untuk mendengar penjelasan daripada pihaknya pula.
Menyangkal seratus peratus dakwaan yang mengatakan dia menjalinkan hubungan bersama Shahz, Neelofa yang mesra di sapa Lofa itu menegaskan hubungannya dengan Shahz tidaklah serapat mana.

Apa sebenarnya hubungan antara Shahz dan lofa?

Saya tiada apa-apa hubungan dengan Shahz, apatah lagi kami baru sahaja berkenalan sewaktu di Paris tempoh hari. Sebelum ini saya tidak pernah mengenali Shahz.
Saya baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasih saya, pada awal Januari yang lalu, jadi tidak mungkin dalam masa terdekat ini saya boleh menerima cinta daripada orang lain.
Saya terkejut bila nama saya dikaitkan menjadi penyebab keretakan hubungan Shahz dengan Maria Farida, sedangkan saya tidak pernah masuk campur hubungan mereka, dan saya juga bukan perampas hak orang.
 
Lofa tahu Shahz kekasih Maria Farida?
 
Saya tahu, dan saya tahu hubungan mereka sudah mula berantakan sewaktu Maria Farida tidak membenarkan Shahz menerima tawaran filem Azura 2011 ini.
Ini bermakna sebelum Shahz ke Paris, mereka sudah mula bergaduh dan hubungan mereka sudah renggang. Walaupun begitu,saya tidak pernah ambil kisah ataupun bertanya pada Shahz tentang hubungan mereka, walaupun sering saja lihat Shahz bergaduh di telefon.

Maria ada hubungi Lofa?

Ada beberapa kali dia hubungi saya, yang pertama dia membuat panggilan menggunakan ‘private number’ dan kemudiannya hanya menggunakan sms tetapi saya tidak layan.
Dia bertanya dengan cara baik dan bukan dalam keadaan marah-marah, iaitu sama ada betul saya bercinta dengan Shahz? dan saya sudah menerangkan perkara yang sebenar walaupun saya tahu dia tidak percaya kata-kata saya.
Saya hanya bercakap benar, saya sudah beritahu semuanya. Selepas cerita ini keluar surat khabar Ahad lalu, dia tidak ada lagi menghubungi saya.

Benarkah Shahz Ke Pulau Pinang untuk sambut hari lahir Lofa?
Tidak! kalaulah boleh pihak produksi Asmara 2 mengeluarkan kenyataan, rasanya mereka setuju dengan kata-kata saya.
Jadual Shahz penuh, jadi mana dia ada masa untuk datang ke Pulau Pinang semata-mata untuk sambut hari lahir saya sahaja.
Penggambaran kami masih belum selesai, jadi kami masih berhubung untuk menguruskan beberapa perkara yang berkaitan seperti urusan memulangkan pakaian tajaan, selain itu tiada.
Cuma, selepas cerita ini keluar akhbar, Shahz ada hubungi saya supaya tidak terlalu memikirkan perkara ini kerana ia hanya gosip dan ia akan reda di kemudian hari.
Dia juga minta maaf pada saya dan keluarga, kerana turut terkena tempias daripada gosipnya.

Secara jujurnya, bagaimana Lofa menerima gosip ini?

Saya seorang yang simple, senang berkawan dan mudah mesra, tetapi bila membabitkan sesuatu yang kurang enak pada kerja dan nama saya, sebolehnya saya akan cuba menjelaskan secara tegas tentang keadaan sebenar.
Kalau kenyataan itu tidak benar, dan saya mempunyai hak bersuara, saya akan bersuara bagi menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Bagaimana dengan perkembangan filem Azura 2011?

Setakat ini kami baru habis lakukan 12 babak, dan masih belum menjalankan penggambaran di Malaysia. Penggambaran akan dilakukan semula selepas Abang Aziz M. Osman selesai menunaikan umrah nanti.
Shahz juga sibuk dengan penggambaran Asmara 2, jadi mungkin dalam bulan April ataupun Mei kami akan sambung penggambaran semula.
Saya memang teruja untuk berlakon filem ini, kerana ia merupakan lakonan pertama saya.

Monday, February 21, 2011

Peluang Terbuka Untuk Artis Pilih kasih



Setelah dua tahun bersiaran, belum ada nama besar yang dilahirkan oleh program realiti pencarian pelakon pelapis ciptaan Malaysia, Pilih Kasih. Belum ada yang diangkat sebagai hero dan heroin. Berbeza sekali dengan realiti nyanyian yang melahirkan banyak bintang mi segera.
Malah pengasasnya pelakon disegani Rosyam Nor sentiasa memberitahu artis baru kelahiran Pilih Kasih yang mereka memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk mencipta nama. Melahirkan pelakon amat beza dengan mencipta penyanyi baru, kata Rosyam.

Livonia dan Ku Hariz melakonkan watak Romeo dan Juliet
Menyedari hakikat itulah pihak penyiar Pilih Kasih, RTM  menyediakan slot khas berupa drama muzikal yang melibatkan mereka selepas ini. Ia bukan keputusan adhoc sebaliknya telah dipersetujui peringkat atasan stesen kerajaan itu sebelum pentas akhir Pilih Kasih berlabuh.

"Kita sentiasa menyokong usaha syarikat yang mahu melahirkan pelakon pelapis. RTM bukan sahaja saluran propaganda sebaliknya menekankan sesebuah program yang bermutu.
"Kita lihat banyak bakat baru yang dilahirkan daripada Pilih Kasih dan sebagai penyiar, kita mahu memberi laluan kepada mereka untuk meneruskan kerjaya seni selepas program tamat," kata Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya.

Aksi pementasan Romeo Dan Juliet.
Pihak RTM memberi peruntukan menerbitkan drama muzikal sebanyak 13 episod. Sekiranya program itu mendapat sambutan pihak RTM tiada masalah untuk menyambungnya. Butiran program itu akan dihasilkan oleh Suhan Movies milik Rosyam Nor yang juga penerbit Pilih Kasih.

Rosyam berkata, pihaknya akan menggunakan khidmat pelakon Pilih Kasih musim pertama dan kedua mengikut kesesuaian watak yang akan diputuskan nanti.
"Kami di Suhan tidak mengikat mereka sebagai artis residen. Mereka bebas mencari peluang berlakon di luar. Kami hanya memberi khidmat nasihat untuk menilai tawaran yang mereka terima daripada mana-mana penerbit.

"Alhamdulihhan sebenarnya mereka ada pekerjaan yang menunggu

Siti Sarah & Shuib Sepah Nikah 26 Feb ini


Tahniah diucapkan kepada pasangan Siti Sarah Raisuddin dan Shahmira Muhammad atau Shuib (Raja Lawak) yang bakal melangsungkan pernikahan pada hari Sabtu,  26 Februari ini di Jeumpa' D'Ramo, Bangsar Kuala Lumpur.
Sarah dan Shuib menggunakan khidmat Zuhairy Zainal sebagai perancang dan perunding majlis pernikahannya ini dan menggayakan konsep moden peach sebagai warna tema.
Bakal menggayakan busana milik pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat, Sarah juga akan di solekkan oleh jurusolek profesional, Deqsha.
Shuib bakal membawa lima dulang hantaran dan turut dibalas lima dulang daripada pihak Sarah.
Pasangan ini telahpun mengikat hubungan cinta mereka dengan ikatan pertunangan pada November yang lalu dan sudah menjalinkan hubungan cinta semenjang tahun 2009 lagi.
Biarpun di awal perkenalan dan percintaan mereka, Sarah lebih banyak mendiamkan diri daripada bercerita tentang hubungan mereka berbanding Shuib yang lebih banyak berterus terang.
Mungkin kerana kegagalan hubungan bersama bekas tunangnya yang lalu, membuatkan Sarah berjaga-jaga dalam menjelaskan kisah cintanya kepada umum.
Apa pun itu kisah lama, yang penting kini Sarah bakal memulakan hidup barunya bersama Shuib. Mangga mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga Siti Sarah dan Shuib berbahagia hingga ke akhir hayat.

Sunday, February 20, 2011

Dira & Zizan selangkah hoskan Melodi


 

JIKA benarlah Dira Abu Zahar dipilih sebagai pengacara baru Melodi, pasti ada pihak yang akan mempersoalkan, sebesar mana impak yang akan dicipta wanita beranak satu ini terhadap program berkenaan.


AGAK mengejutkan apabila nama pelakon yang eksotik wajahnya, Dira Abu Zahar dicanang-canang sebagai antara nama baru yang akan mengambil alih mikrofon yang selama ini dipegang kemas oleh Fara Fauzana sejak enam tahun lalu sebagai pengacara Melodi.
Khabar panas itu mula bertiup selepas kemunculan terbaru Dira sebagai hos bersama Fara Fauzana yang popular disebut Fafau dan Wahid Senario dalam Melodi, Ahad lepas.
Sebelum itu, Dira juga sudah beberapa kali menjadi penyeri program yang disiarkan setiap Ahad pukul 12.30 tengah hari itu.
Lebih mengiakan, terdengar pula ura-ura bahawa akan berlaku rombakan besar-besaran dalam program berkenaan bermula Mac nanti.
Bukan nama Dira seorang sahaja yang dipetik sebagai pengacara baru program itu bahkan Zizan Raja Lawak juga disebut-sebut sebagai watak baru yang menggantikan tempat Wahid.
Kemunculan Zizan dalam Melodi sebelum ini juga seperti isyarat awal anak kelahiran Terengganu itu sedang diperhatikan sebagai semangat baru kepada program bersifat sensasi dunia hiburan itu.
Penerbit Melodi, Azman Ghaffar bagaimanapun tidak menafikan bahawa pihaknya sedang mencari pengacara baru Melodi bagi menggantikan Fara Fauzana dan Wahid.
Azman berkata, ia disebabkan pasangan berkenaan sudah terlalu lama mengemudi rancangan tersebut.
Bagaimanapun kata Azman, khabar angin bahawa Dira dan Zizan akan menjadi pengacara baru Melodi adalah tidak benar.
Jika benar, Dira dan Zizan bakal diumumkan sebagai hos baru Melodi dalam tempoh tidak sampai sebulan dari sekarang, sudah tentu tuan empunya badan sudah sedia maklum dengan keputusan berkenaan.
Namun, sebaliknya yang berlaku. Dira dan Zizan tergamam seolah-olah berlakon tidak tahu dengan kekecohan pertukaran pengacaraan di Melodi.
Sebagai rekod, Dira sebelum ini pernah mengacarakan program Beat TV, Fulus Mania dan Jom Ronda manakala Zizan pula popular dengan program Raja Lawak, Bolos dan Jozan.
DIKATAKAN antara selebriti cemerlang sepanjang 2010, tahun 2011 nampaknya membuka ruang yang lebih besar kepada Zizan.


Sensasi Bintang: Sudah bersedia mengemudikan kerusi panas Melodi?
DIRA: Ini bukan soal bersedia atau tidak, tetapi boleh atau mampukah saya memikul tanggungjawab itu. Saya sendiri tidak tahu semua ini, pihak TV3 atau Media Prima Bhd. tidak memberitahu apa-apa lagi. Saya tak berani bercakap, nanti saya yang dituduh berangan pula.
Adakah anda mahu menjadi pengacara sebuah program seperti Melodi yang cenderung pada kisah sensasi artis?
Saya sendiri bermula di Beat TV, juga sebuah program informasi dunia artis yang agak sensasi, kemudian barulah saya berlakon. Jika diberi tanggungjawab, tak kisahlah sensasi atau informasi, saya akan terima dan buat sehabis baik.
Khabar angin pertukaran pengacara Melodi itu sudah kecoh diperkatakan dan mulai Mac ini anda disebut-sebut terbabit dalam rombakan program itu, tetapi mengapa masih bermain wayang?
Saya terkejut dan tak sanggup dengar bila orang kata saya ganti tempat Fara Fauzana sedangkan saya tidak tahu apa-apa. Memang pihak TV3 kerap hubungi saya untuk jemput sebagai tetamu, macam dalam Wanita Hari Ini begitu juga dengan Melodi, tak tahulah pula ada kena-mengena dengan pertukaran pengacara program itu.
Anda dan Zizan heboh diperkatakan sebagai gandingan baru dalam Melodi, jadi bagaimana?
Jujurnya saya tak tahu dan lebih baik saya berdiam. Tentang Zizan pula, saya tidak boleh komen apa-apa, kami tidak pernah bekerjasama sebelum ini.

Friday, February 18, 2011

Stephen Rahman Kahwini Anjali Mehra September lalu

Pelakon kacak filem epik Hikayat Merong Mahawagsa, Stephen Rahmah Hughes mengakui sudah berkahwin September tahun lalu.
Dia memilih koregrapher tarian Anjali Mehra yang berasal dari New Delhi sebagai pasangan hidupnya.
"Saya berkahwin di Tuscany, Itali. Bukan mahu berahsia tapi tiada yang bertanyakan saya," kata Stephen semasa ditemubual Editor URTV, Huzz di Kuala Lumpur petang ini.
Anjali Mehra, Isteri kepada Stephen Rahman

Dia mengenali Anjali ketika sama sama bekerja dengan produksi teater di London dan mereka juga pernah bekerjasama dalam pementasan Bombay Dream di London pada tahun 2003.
Stephen mengakui hidupnya kini bertambah bahagia setelah berkahwin dengan wanita berkenaan dan dia juga berjanji akan memperkenalkan isterinya kepada media Malaysia dalam majlis tayangan perdana filem itu 25 Februari nanti.
Septhen mula dikenali di Malaysia selepas beliau terbabit dalam teater muzikal popular, Puteri Gunung Ledang apabila membawa watak Hang Tuah, dan bergandingan dengan pelakon jelita Tiara Jacquelina.

Perasmian Masjid Al Khalidiah

Majlis Al Khalidiah yang didirikan oleh Yayasan Nurjiwa akan dirasmikan oleh K.D.Y.M.M Tuanku Sultan Kedah pada hari Sabtu 19 Februari ini pada pukul 11.30 pagi (esok).
Masjid yang dibina di kampung asal Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa di Kampung Permatang Pasir, Kuala Muda, Kedah pada tahun 2009 itu telah siap sepenuhnya. Khalid dan isteri Datin Sri Siti Nurhaliza akan bersama-sama merasmikan masjid tersebut.

Tubuh Yayasan Nurjiwa untuk berbakti.
Yayasan Nurjiwa ialah sebuah madan kebajikan yang dilahirkan oleh pasangan suami isteri popular itu pada 21 Ogos 2006.

Ia ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawab membantu golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim, miskin dan mangsa bencana alam.
Yayasan tersebut juga membantu dalam pembangunan agama, khususnya pembinaan serta baik pulih masjid dan surau terutamanya di kawasan kampung-kampung.
Siti juga turut menyalurkan dana ke yayasan tersebut melalui persembahan amal yang dilakukannya sejak yayasan tersebut ditubuhkan.
Sudah banyak aktiviti amal dilakukan termasuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kedah tidak lama dulu.
Siti dan suami sama-sama turut padang bersama sukarelawan lain untuk meringankan beban mangsa bencana alam itu.

Thursday, February 17, 2011

Saya bukan diva! - Ifa


IFA RAZIAH


PASTI ramai sudah sedia maklum mengenai kontroversi hamburan kata-kata yang boleh diklasifikasikan sebagai kesat dikeluarkan Ifa Raziah menerusi laman web sosial Twitternya terhadap seorang individu baru-baru ini.
Antaranya Ifa menyarankan supaya individu itu tidak terus menyalak seperti anjing berikutan kenyataan individu tersebut dalam rancangan Melodi di TV3 pada 30 Januari lalu yang kononnya turut mengaitkan Ifa.
Ia lalu mencetuskan kisah ‘perang Twitter’ Ifa. Walaupun Ifa sendiri enggan menyebut siapakah individu terbabit, namun desas-desus mengatakan individu itu ialah Safura Yaacob yang pernah terbabit dalam kes saman di mahkamah dengan Ifa.
Menurut Ifa, kata-kata di Twitter itu dikeluarkan kerana emosinya terganggu setelah letih pulang dari Singapura atas urusan kerja dan melihat paparan yang ditonton menerusi Melodi, Ifa terus menjadi berang.
Semasa berjumpa dengan Ifa pada sidang media Astro Warna (saluran 132) bagi mempromosikan program barunya kelmarin, Kosmo! mengambil peluang menemubual Ifa bagi memperjelaskan isu tersebut.

Kosmo!: Kenapa beri komen begitu di Twitter? Ramai yang sudah gelarkan Ifa artis mulut cili, boleh komen?
IFA: Nak gelar Ifa mulut cili, ia tidak memberi kesan yang mendalam pada Ifa. Sekarang ini dunia berteknologi, kebanyakan masyarakat kini buat luahan perasaan di dalam laman web sosial seperti Twitter, Facebook, blog dan sebagainya. Nak dibandingkan zaman dahulu yang hanya gunakan diari sahaja. Tetapi, sebenarnya teknologi juga ada kebaikan dan keburukan. Apa yang saya lakukan itu adalah luahan perasaan saya dalam laman web Twitter kepunyaan saya.
Apa sebenarnya yang membuatkan Ifa terlalu marah?
Saya pada masa itu memang sangat marah. Mana tidaknya. Sembilan jam saya duduk di dalam kereta perjalanan pulang dari Singapura ke rumah (di Kuala Lumpur) setelah sebulan di sana. Tiba di rumah, saya pun ingin melihat perkembangan melalui televisyen. Apabila saya menonton Melodi, kebetulan isu itu dibicarakan. Apabila mendengar artis tersebut mengeluarkan kenyataan yang kes mahkamah kami sudah selesai, saya terus menjadi tidak puas hati. Saya fikirkan dari sudut mana kes itu selesai? Itulah yang menaikkan terus kemarahan saya sehingga melakukan perkara sedemikian.
Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada semua kerana kegagalan saya mengawal emosi pada masa itu. Saya terlepas cakap dan saya akui itu kelemahan saya pada masa itu.
Dalam laman Twitter saya, walaupun ada yang bertanya pada siapa saya tujukan kemarahan tersebut, saya tidak pernah menjawab persoalan itu. Saya pun manusia, memang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Mana mungkin saya marah secara tiba-tiba, mesti bersebab. Selain itu juga, saya agak kecewa kerana mereka hanya keluarkan apa yang buruk, tetapi tidak pula yang baik.
Komen Ifa tentang isu bergaduh dengan peminat?
Pada keesokan harinya, saya pergi makan bersama rakan artis, yang kebetulan mengambil gambar kami dan muatnaikkan ke dalam Twitter. Dengan meletakkan judul gambar makan bersama diva-diva, ada pula peminat yang memberi komen dengan mengatakan ‘Diva perasan, diva suam-suam kuku’.
Secara elok saya bertanyakan kepada peminat tersebut kepada siapa ayat tersebut dirujuk dengan mengatakan tidak perlu biadab sangat. Jawabnya, pada kami semua peminat-peminat yang layak digelar diva adalah Datuk Siti Nurhaliza sahaja, Ifa Raziah tidak layak!
Saya pun balasnya dengan mengatakan saya tidak minta segala gelaran yang diberikan. Apabila saya bertanyakan apa masalah dia dengan saya, dia menjawab dengan biadab.
Ramai rakan artis yang turut memberi komen dengan bertanyakan kemarahan saya tersebut. Saya menyatakan yang saya mahu ajar peminat supaya jangan biadab dengan artis Malaysia, walaupun mereka tidak suka dengan artis tersebut.
Saya pun membuat rumusan supaya suka hati mereka sama ada mahu gelar saya ratu suntik atau sebagainya. Setelah itu, semuanya menjadi elok semula dan itu sahaja isu sebenarnya. Kami saling bermaaf-maafan dan dia pula telah menjadi pengikut saya di Twitter. Pada mulanya kami bergaduh, kini diakhiri dengan kemaafan. Itu tidak pula ditunjukkan di media massa.
Adakah Ifa akan ambil tindakan?
Tidak sama sekali. Orang bodoh sahaja akan ambil serius tentang perkara ini. Lama-kelamaan orang akan lupa. Saya sedikit pun tidak ambil hati terhadap sesiapa.
Saya sebenarnya bukan seperti itu, saya juga manusia yang punyai hati dan perasaan. Saya juga punyai keluarga, jadi saya faham akan perkara itu.
Saya juga telah memohon maaf di dalam laman web sosial saya. Jadi, biarlah ia berlalu.

Bukan serang, bukan perang


 




SUDAH lama tidak kedengaran cerita tentang artis wajah kacukan yang satu ini. Dahulu, dia lebih dikenali sebagai penyanyi bersama kumpulan pop wanita Elite.
Namun, kini selepas bergelar isteri kepada Salyo Priyanto dan ibu kepada Adam Aryasenna Notosoemarsono, setahun enam bulan, karier Sasha Saidin lebih terarah kepada bidang lakonan dan pengacaraan.
Namun, buat pertama kali dalam sejarah kerjaya Sasha sebagai anak seni, dia dihambat gosip yang kurang enak. Kononnya dia tidak sehaluan dengan orang produksi dalam program wanita kelolaannya berjudul Bella yang bersiaran di ntv7.
Malah, gosip itu turut keluar di Internet yang mendakwa ibu Sasha telah menyerang penerbit program tersebut di pejabat selepas Sasha mengadukan perasaan tidak puas hatinya itu.
Sasha yang ditemui pada majlis penyampaian cek program Serasi Bersama baru-baru ini menjelaskan kedudukan sebenarnya dalam program Bella.
"Saya bukan disingkirkan tetapi saya yang mengambil keputusan untuk mengundur diri kerana tidak menandatangani kontrak.
"Sebenarnya ini hanyalah isu kecil, saya tidak sangka pula ia menjadi besar. Saya tidak bergaduh atau berperang dengan siapa-siapa, saya tidak tahu cerita itu datang dari mana, cuma saya rasa lebih baik untuk saya undur diri," katanya.

SASHA ditemani suami dan anaknya pada majlis penyerahan cek kepada wakil rumah kabajikan Shelter - Hope For Children baru-baru ini.


Disoal lagi, jika tidak timbul sebarang masalah, masakan Sasha mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada program yang turut dikendalikan oleh Elaine Daly dan Daphne Iking itu sedangkan dia telah bersiaran sebanyak enam episod itu.
"Saya tidak pernah berkecil hati tetapi sukar untuk saya menerimanya apabila terdapat orang yang mengarahkan saya untuk menjadi seseorang yang bukan saya di hadapan kamera.
"Saya telah beritahu pihak produksi yang personaliti saya begini, jika mahu sama dengan pengacara yang lain nanti tidak ada yang istimewanya. Bila mereka tidak dapat terima personaliti saya, saya tidak kisah.
"Oleh itu, daripada jadi hipokrit baik saya undur diri, tambahan ketika itu mereka minta saya untuk tandatangani kontrak dan saya tidak menandatanganinya.
"Bagi saya kontrak tidak berbaloi kerana saya pentingkan kepuasan ketika bekerja, jadi lebih baik ambil langkah keluar dan teruskan hidup," balasnya.
Tambahnya lagi, meskipun jodohnya dengan program Bella tidak panjang tetapi dia tetap berterima kasih kepada pihak produksi yang memberi peluang untuknya menimba pengalaman sebagai pengacara program mereka.
"Saya akui ketika mula-mula mendapat tawaran untuk menjadi pengacara Bella, saya sangat teruja, tidak sangka pula jodoh saya dengan program ini tidak panjang.
"Sungguhpun begitu, saya tidak mahu bermusuh dengan siapa-siapa kerana industri seni dan penyiaran Malaysia tidak besar mana. Pusing-pusing kita tetap akan jumpa muka yang sama, jadi saya harap Bella akan terus sukses," katanya lagi.
Menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, rezeki Sasha semakin murah apabila dia ditawarkan untuk menjadi pengacara program bual bicara di RTM dan kini sedang menjalani rakaman.
"Benda yang lepas saya tidak mahu fikir lagi biarlah ia berlalu. Saya mahu teruskan hidup seperti biasa dan alhamdulillah saya mendapat tawaran untuk menjadi pengacara sebuah program bual bicara di RTM," ujarnya penuh optimis.
MAHU melupakan kontroversi yang melanda dirinya, Sasha menganggap ada hikmah di sebalik apa yang telah berlaku.


Tidak kisah populariti
Meskipun sudah lama berkecimpung dana dunia seni, Sasha yang kini berusia 35 tahun tidak kisah dengan populariti yang dikecapinya asalkan dia memperoleh rezeki yang halal.
Disebabkan itu, Sasha tidak kisah apabila dia satu-satunya artis yang menyertai Cabaran 14 Hari Pantene dan hanya memenangi tempat kedua ketika diumumkan pada Anugerah Skrin lalu.
Menurut Sasha, dia sudah lama memiliki rambut panjang dan sudah lama berangan-angan untuk menjadi gadis Pantene.
"Saya menyertai Cabaran 14 Hari Pantene sebagai seorang model, selain memang saya sudah lama berminat untuk menjadi gadis Pantene, hadiah yang ditawarkan juga agak lumayan.
"Jadi, saya rasa tidak salah untuk saya mencuba kerana ia dinilai bukan daripada populariti tetapi rambut saya," ujarnya.
Kumpul RM2,000
Dalam program Serasi Bersama yang disiarkan Astro Ria, sebanyak RM44,500 telah berjaya dikumpul oleh selebriti yang menyertai program tersebut, manakala Sasha dan suaminya berjaya mengumpul RM2,000 untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan Shelter - Hope For Children.
"Saya dan suami rasa seronok kerana dapat menyumbangkan sesuatu kepada badan kebajikan. Walaupun itu bukan wang kami tetapi kami dapat membantu dengan menyertai program ini.
"Bagi saya ia sebuah program yang bagus kerana peminat dapat saksikan sendiri gelagat artis pujaan mereka bersama pasangan masing-masing selain mengeratkan lagi hubungan suami isteri," tuturnya.
Program yang dikendalikan oleh pengacara terkenal Aznil Nawawi dan Sharifah Shahira itu merupakan sebuah rancangan berkonsep permainan yang melibatkan pasangan suami isteri selebiriti.
Setiap pasangan berusaha memenangi wang tunai untuk didermakan kepada badan kebajikan yang terpilih berdasarkan kuiz mengenai pasangan masing-masing.
Selepas 15 episod bersiaran, berkemungkinan besar program yang mencetuskan fenomena itu akan diteruskan ke musim yang kedua.
KENANGAN. Sasha dan suami ketika menyertai program Sehati Berdansa musim kedua pada tahun 2008.


Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi Serasi Bersama musim pertama agak mencabar buat tenaga produksi kerana tetamu yang dijemput masih tidak mengetahui konsep permainan.
"Ramai yang takut rahsia perkahwinan akan didedahkan dan memalukan mereka tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya.
"Suasana santai membuatkan program itu menarik, semua yang menyertai program ini gembira dengan hasilnya dan mereka mempunyai masa yang seronok ketika sesi rakaman berlangsung," katanya lagi.
Tambahnya, pada musim kedua pihaknya cuba mendapatkan Erra Fazira dan Datuk Siti Nurhaliza untuk menyertai program Serasi Bersama.
"Kami mendapat banyak maklum balas yang mahukan mereka berdua, Erra sepatutnya sertai Serasi Bersama musim pertama tetapi disebabkan jadual yang padat, rancangan itu terpaksa ditangguhkan. Kami akan cuba yang terbaik termasuk cuba menambah jumlah duit kemenangan," ulasnya.

Sahrul Gunawan Macam Ustaz

Ada artis yang ragu untuk berhijrah kerana bimbang rezeki mereka akan terbatas. Tapi sekarang semakin ramai artis wanita bertudung yang tak kering tawaran untuk mereka menyanyi atau berlakon.
Pelakon dan penyanyi Indonesia Sahrul Gunawan turut berhijrah apabila mula menghasilkan album lagu-lagu relegi. Dia juga mengusahakan pakej mengerjakan umrah dan haji sejak empat tahun lalu. Rezekinya tak pernah putus.

"Sekarang saya menjadi pengacara program berkonsep agama, Halal di saluran Trans TV. Ia sebuah program yang membicarakan perkara asas dalam kehidupan dan hukum-hukumnya. Antaranya persoalan mewarnakan rambut bagi orang Muslim dan sebagainya.

"Program ini ke udara pada pukul 6.00 pagi hati Khamis dan Jumaat dan ia berkonsep rakaman. Sekali rakaman biasanya saya buat untuk dua episod," kata Sahrul semasa ditemui di Singapura baru-baru ini.
Nampaknya Sahrul semakin dekat dengan hal berkaitan agama. Pemilihannya dibuat kerana bisnesnya dalam pakej umrah dan haji serta penerimaan peminat terhadap lagu religi yang dihasilkannya. Dia akan membawa lebih 100 jemaah mengerjakan umrah pada 24 Februari ini.
"Saya sering dikaitkan dengan perkara berkaitan agama. Kalau ada program berkaitan agama, penerbit akan nampak wujudnya saya di situ. Alhamdulillah, usaha saya menghasilkan album religi telah diterima.
"Selepas beberapa kali program Halal ke udara, saya rasa diri saya macam ustaz pula sebab ada peminat yang datang kepada saya untuk bertanya pasal hukum membuat sesuatu perkara," kata Sahrul kepada Mangga Online.
Sahrul ditemui ketika diundang menghiburkan peminat dalam majlis sambutan Maulidul Rasul di padang berdekatan Masjid Aman, Singapura baru-baru ini. Sebelum itu dia baru pulang dari Taiwan menghiburkan tenaga kerja Indonesia di negara itu.
"Dalam masa yang sama saya mempromosikan pakej umrah kepada mereka. Ada yang mahu menghantar ibu mereka ke tanah suci, tapi takut tertipu. Apabila saya ke sana dan mendapat sokongan pihak yang berkaitan, mereka yakin dan percaya," katanya.

Intan Ladyana & Kamal Adli Kini Bersatu


Kali pertama bersatu dengan kekasihnya, Kamal Adli di dalam satu layar lebar menerusi filem terbaru Prof. Hatta Azad Khan,  Kembar Siang, Intan ladyana menolak tanggapan dia cuba mempromosi kamal ke bidang perfileman.
Kamal yang sebelum ini pernah melakonkan filem Puaka Niyang Rapik, ditawarkan menjadi hero dalam filem Kembar Siang yang bergandingan dengan pelakon dan juga kekasihnya, Intan Ladyana. 
Penampilan Kamal sebagai hero terbaru dalam filem terbitan David Teo mengundang cerita bahawa Intan Ladyana telah membawa masuk kekasihnya itu dalam senarai artis-artis dibawah naungan MIG dan seterusnya mendapatkan watak utama kepada lelaki itu.
"Pemilihan watak dilakukan oleh David Teo, dan saya tidak mempunyai kuasa untuk meminta sesiapa untuk bergandingan dengan saya apatah lagi Kamal Adli.
"Dan saya sendiri tidak pernah mempromosi Kamal pada David, sebaliknya David sendiri yang dapat menilai bakat dan kebolehan Kamal dalam bidang lakonan.
"Tentang keserasian saya dan Kamal, ia memang tidak susah untuk dibina memandangkan diluar set sekali pun kami sememangnya bercinta, dan sebelum ini sekalipun saya pernah bergandingan dengan Kamal dalam drama bersiri, Seribu Kali Cinta,"jelas Intan. 
Intan dan Kamal masih setia bersama


Peminat Bosan
Melihat aksi mereka di dalam filem dan drama, adakah Intan tidak takut jika satu hari nanti peminat mula bosan dengan hubungan yang terjalin antara dirinya dan Kamal sama ada secara realiti ataupun di dalam lakonan.
"Itu terpulanglah, saya hanya terima tawaran, jika ada yang mahukan kami bergandingan, saya akan terima jika ia bersesuaian.
"Tapi, secara jujurnya, setelah berlakon dengan Kamal dalam drama Seribu Kali Cinta, saya mendapat maklum balas yang menarik daripada para peminat, kebanyakkan mereka suka melihat kami bergandingan, dan mereka dapat lihat keserasian kami dalam drama itu,"ceritanya.

Berjauhan
Membicarakan tentang kisah cinta mereka yang sudah menjangkau usia dua tahun, jelas Intan, mereka jarang sekali dapat bertemu kerana kedua-duanya sibuk dengan penggambaran filem dan drama.
"Kami jarang berjumpa, kerana sibuk dengan tugas masing-masing, dan adakalanya jika ada penggambaran di luar Kuala Lumpur kami hanya berhubung melalui telefon dan sms. Jadi disebabkan kesibukkan begini, kami ambik keputusan untuk tidak memikirkan soal kerjaya terlebih dahulu.
"Baik saya mahupun Kamal, kami masih belum bertemu dengan keluarga masing-masing sebab tidak ada kesempatan, tapi mereka sudah mengetahui hubungan kami,"jelas Intan lagi.

Wednesday, February 16, 2011

Benarkan rumah tangga Zizan Nin berantakan?


Kalau minggu lepas Mangga Muda terkejut bila mendengar berita kurang sedap tentang pasangan pelakon, Vanida Imran dan Rashidi Ishak yang dikatakan ke Mahkamah syariah, tapi perasaan itu reda bila Vanida menjelaskan, niat mereka ke sana adalah untuk menemani anak saudaranya sahaja.
Tak sampai beberapa hari, kes Vanida dan Shidi di perkatakan, kini pelakon, Zizan Nin pula dikhabarkan hadir ke Mahkamah Syariah.
Zizan Nin yang melangsungkan perkahwinan dengan seorang pembaca berita TV9, Fazilah Hani Harun pada Mac tahun lalu, dikatakan hadir ke mahkamah untuk mendapatkan khidmat kaunseling demi memulihkan rumah tangganya yang mengalami sedikit masalah.
Apa pun yang berlaku, Mangga Muda harap hubungan Zizan dan isterinya baik-baik sahaja, lagipun mereka masih baru sahaja berumah tangga, jadi hubungan itu masih panas.
Mangga Muda: Hairan lihat kawan yang gelisah tak kahwin-kahwin sampai sekarang. Sabar yer…jodoh belum sampai lagi.

Eksklusif! Angelina Anak Watie Yang Sah!


Digemparkan dengan kehadiran seorang gadis remaja berusia 14 tahun yang menggelarkan namanya sebagai Angelina, menerusi rancangan hiburan sensasi, Melodi di TV3 pada siaran 9 Januari yang lalu, membuatkan seluruh peminat seni berteka-teki.
Mendakwa dirinya merupakan anak luar nikah kepada seorang penyanyi wanita berkumpulan yang kini juga bergelar pelakon, Angelina juga mendakwa di tinggalkan oleh wanita itu sejak dirinya berusia satu hari lagi.
Turut mendakwa dirinya dipelihara oleh sepasang keluarga yang merupakan abang kepada kekasih pelakon wanita ini pada ketika itu, Angelina kemudiannya bersetuju untuk melakukan ujian saringan DNA sekiranya pelakon yang juga ibunya itu tidak mahu mengakui dirinya sebagai anak.
Persoalannya, siapa pelakon yang dimaksudkan oleh gadis remaja ini? Dan benarkah dia dilahirkan sebelum sempat ibu dan bapanya dinikahkan lagi?
Tidak pun sampai beberapa jam Melodi menamatkan siarannya, pelbagai spekulasi timbul mengenai siapa sebenarnya pelakon wanita yang dimaksudkan itu. Namun, yang paling ketara, Watie atau nama lengkapnya, Norwati binti Sadali menjadi antara nama yang menduduki senarai atas carta pelakon yang dikatakan ibu kepada Angelina ini. Apatah lagi pada credit mention pada akhir program menamakan slot tersebut sebagai Anak Watie?.
Menjejaki Watie menemui jalan buntu apabila pelakon yang dikaitkan bercinta dengan Joey ini enggan menjawab telefon dan mesej  pesanan ringkas. Namun, seketika kemudian, seorang saudara terdekat menghubungi Mangga Online untuk menerangkan perkara yang sebenarnya.
Adakah Watie cuba lari daripada media?
Dia tidak berniat untuk meyembunyikan diri daripada mana-mana pihak, namun sebagai orang yang rapat dengannya, saya mohon pihak media tidak terlalu menggembar-gemburkan kisah ini.
Kasihanlah pada Watie, dia sudah terlalu tertekan dengan keadaan dirinya sekarang. Malah, sejak dia bergelar artis, terlalu banyak kisah buruk yang melanda dirinya. Watie semakin tidak sihat dan sering di masukkan ke hospital kerana terlalu tertekan dengan gosip-gosip sebegini.
Benarkah apa yang tersebar sekarang? Adakah Angelina itu anak kepada Watie?
Memang gadis remaja yang keluar di Melodi itu anak kepada Watie, tetapi dia bukan lahir secara haram. Gadis itu adalah anak halal Watie bersama bekas suaminya, 15 tahun yang lalu.
Watie pernah bernikah dengan seorang lelaki warganegara Singapura dan dikurniakan seorang anak perempuan, namun selepas melahirkannya, Watie tidak dapat memelihara anaknya itu kerana suaminya mahu memberikan anak itu kepada keluarga abangnya yang menetap di Johor.
Saya berani bersumpah, kerana ketika itu, saya  tinggal di Johor Bahru bersama isteri saya dan saya menyaksikan semua kejadian itu di depan mata saya. Beberapa kali Watie mahu bertemu anaknya, namun hasratnya dihalang oleh mereka.
Kenapa setelah sekian lama, baru kini anaknya muncul dan mengaku ‘anak luar nikah’?
Dua bulan yang lepas, Watie sudah berjumpa dengan anaknya itu, dan Watie berjanji mahu membawa dia  tinggal bersamanya sekiranya dia sudah selesai urusan kerjanya di Kuala Lumpur.
Malah ibu angkat dan anaknya juga sudah bersetuju dengan permintaan Watie dan selepas itu tidak ada perbincangan lain yang berlaku antara mereka, sehinggalah mereka keluar dengan mengaibkan Watie di Melodi.
Saya agak kesal dengan cara mereka, dan saya anggap, ibu angkat gadis itu saja melakukan perkara ini dengan bermotifkan duit!
Apa maksudnya bermotifkan duit?
Ibu angkat gadis ini sudah menjadi ibu tunggal, jadi sebelum ini dia ada menghubungi Watie untuk minta dibantu dari segi kewangan kerana mereka sekeluarga susah. Malah, mereka juga sebelum ini pernah mengugut mahu berjumpa media untuk menceritakan perkara ini.
Namun, selepas pertemuan Watie bersama mereka, dan selepas Watie bersetuju mahu memelihara gadis itu, saya dan Watie fikir, perkara ini sudah selesai, namun ia masih berlarutan dan dia terus mengaibkan Watie.
Dari caranya saya tahu mereka memerlukan wang, dan apabila Watie enggan memberikan wang dan magu mengambil anaknya itu, mereka melakukan cara ini untuk memalukan Watie.

Apa reaksi Watie ketika cerita ini keluar di Melodi?
Kami tidak sempat menonton Melodi kelmarin, cuma kami diberitahu oleh beberapa rakan tentang perkara ini. Watie sudah tentu terkejut dan malu bila dikatakan dia mempunyai anak haram satu ketika dulu. Saya kasihan melihatnya menderita sebegini, tolonglah faham keadaannya.
Bilakah Watie akan muncul untuk menceritakan cerita yang sebenarnya?
Bukan saya tidak mahu Watie membuat sebarang sidang media untuk menceritakan tentang perkara ini, tapi bila difikirkan balik, lebih banyak keburukkannya daripada kebaikkannya bila dia bersuara.
Namun, sekiranya dia sudah bersedia, kami tetap akan menyokongnya. Cuma satu saya mahu beritahu pada orang ramai, bahawa memang benar gadis itu anak kepada Watie, namun dia bukanlah anak luar nikah seperti yang di dakwanya.

Tuesday, February 15, 2011

Emilia Teringin Show Di Malaysia

legenda Indonesia, Emilia Contessa sudah mengubat kerinduan peminatnya di Singapura dalam satu persembahan istimewa hujung minggu lalu. Show Eksklusif Hi Tea Bersama Emilia Contessa itu mendapat sambutan memberangsangkan.
Emilia juga sangat teruja mengadakan persembahan kerana dia terlebih dahulu dikenali di Singapura dan Malaysia sebelum mencipta nama di negaranya, Indonesia. Sebab itulah persembahan itu sangat mengujakan penyanyi berstatus ahli politik itu.

Suara Emilia masih power.
"Saya banyak juga dapat tawaran mengadakan persembahan di Indonesia, tapi saya sangat selektif dan menerima undangan tertentu sahaja. Jarang-jarang saya terima.

"Tapi bila dapat undangan untuk mengadakan show di Singapura, saya terus menerimanya tanpa berfikir panjang. Show di Singapura sangat bermakna buat saya," kata Emilia kepada hampir 800 penonton persembahannya.

Malah bintang yang meledak dengan filem Akhir Sebuah Impian itu turut menanti tawaran mengadakan persembahan di Malaysia kerana sudah lama tidak bertemu peminat di Malaysia.


Ditemubual wartawan Melodi.



Sekiranya ada tawaran dia juga tidak akan berfikir panjang sebagaimana menerima undangan di Singapura.

Persembahan di Ballroom Orchid Country Club, Singapura pada 12 Februari lalu itu dibawakan oleh Orange dengan kerjasama Produksi Mata Hati, Q & Que dan Life Records. Ia juga sebagai mempromosikan DVD filem Akhir Sebuah Impian yang mendapat sambutan hangat di Singapura.
Peminat teruja

Dania menerima selendang lelongan amal daripada Emilia.
Sepanjang persembahan, peminatnya tidak putus-putus menyanyi bersama-sama.

Malah bila Emilia menganjak peminat naik ke pentas untuk menyanyi bersama-sama, tak perlu menunggu masa lama, malah ramai yang secara sukarela mahu naik sehingga pentas sarat.
Ada yang datang ke pentas untuk memberikan hadiah kenang-kenangan kepada penyanyi kesayangan mereka itu.
Emilia menyanyikan lagu-lagu antaranya Akhir Sebuah Impian, Penasaran, Pak Pung Pak Mustafe, Ibu Tiri, Jatuh Cinta, Angin Malam, Hitam Manis, Burung Dalam Sangkar, Mimpi Sedih, Nasib Pengembara dan beberapa lagi.
Penyanyi itu turut memperdenarkan lagu lama yang dirakam kembali dalam sebiah album baru dariapdanya. Emilia merakam semula lagu Seroja dan Belas Kasihan. Lagu barunya diberi sentuhan irama padang pasir.

Siapa Juara PK2?


Livonia ada penampilan yang menarik.
Ahad ini seorang lagi pelakon baru bakal bergelar juara program realiti Pilh Kasih musim kedua. Siapa agaknya yang bakal dinobatkan sebagai juara?
Tujuh anak muda akan berentap di pentas final iaitu Ku Hariz, Livonia, Lia Natalia, Jay Izwazir, Yuzwan Yunus, Mira Amnas dan Nur Jannah. Masing-masing ada kekuatan tersendiri.


Lia Natalia juga sering menarik perhatian.
Apa agaknya komen Rosyam Nor pasal tujuh finalis ini?

Kata Rosyam: "Saya tak berani nak sebut mana-mana nama yang bakal jadi juara kerana ia bergantung kepada persembahan mereka pada malam final nanti.
"Kalau mereka pelakon berbakat, tapi pada malam final nanti persembahan mereka menurun dan tak menarik perhatian, mereka tidak akan jadi juara.
"Saya pernah buang peserta yang saya suka dan selalu berlakon dengan baik apabila mereka tidak mempamerkannya pada Pentas Pilih Kasih mingguan.
"Malam final macam itu juga. Kalau mereka berjaya menunjukkan lakonan yang memberangsangkan dan ditambah pula dengan disiplin yang baik, merekalah yang akan jadi juara Ahad ini."
Antara nama yang disebut-sebut mempunyai peluang tinggi ialah Ku Hariz, Livonia dan Lia Natalia. Selain sering mendapat undangan tinggi peminat, mereka juga antara yang selalu mendapat pujian dan mutu persembhan yang semakin hari semakin meningkat.
Juara tak semestinya popular

Ku Hariz, mula kumpul ramai peminat.
Rosyam juga sering memberikan gambaran situasi sebenar kepada kesemua peserta bahawa Pilih Kasih hanya sebagai tapak memberikan ilmu lakonan dan pendedahan dan tidak semestinya mereka terus boleh mencipta nama selepas program tamat.
Malah Rosyam meletakkan masa selama dua tahun kepada mereka kerana pelakon memerlukan peningkatan dari semasa ke semasa untuk membuktikan kewibawaan mereka.
"Saya selalu cakap kepada mereka, tidak semestinya juara atau finalis akan lebih berjaya selepas ini. Mungkin yang sudah terkeluar awal akan lebih dahulu mencipta nama.
"Semuanya bergantung kepada apa yang akan mereka lalui selepas ini. Pelakon tidak sama dengan penyanyi yang boleh jadi popular sekiranya dapat sebuah lagu yang baik dan diterima peminat," kata Rosyam.
Sementara itu guru-guru Pilih Kasih, Aziz M. Osman dan Erma Fatima menjanjikan peluang kepada artis Pilih Kasih untuk terlibat dalam produksi mereka selepas ini.
Malah Aziz sudah ada beberapa nama yang bakal berlakon dalam filem Azura yang diarahnya. Erma juga akan serapkan anak didiknya dalam produksi terkini.
"Saya memenang sentiasa mencari pelakon baru untuk bekerja dengan saya. Melalui program ini saya sudah dapat ramai pelakon baru yang boleh diketengahkan.
"Mengapa saya perlu cari di luar yang kadang-kadang ada yang masih berstatus `kayu' sedangkan saya sudah ada pelakon yang sudah terbentuk?" kata Aziz.
Pilih Kasih final akan diadakan di Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Negeri Sembilan dan disiarkan secara langsung pada pukul 9.00 malam di TV2. Pilih Kasih dibawakan oleh TM selaku penaja utama.

Monday, February 14, 2011

Buang Hadiah Peminat : Akim Minta Maaf

Cerita tentang keterlanjuran Akim yang melemparkan hadiah yang diberikan oleh peminatnya di negara jiran, Brunei menjadi satu khabar yang kurang enak di dengar oleh masyarakat Malaysia.
Seperti memperlihatkan tingkah laku yang kurang sopan, Akim juga dikatakan sudah dilarang melakukan persembahan di negara Darul Salam itu.
Ini bukan kali pertama anak kelahiran Johor ini diperkatakan sebegini, sebelum ini Akim juga pernah dikatakan berkelakuan dingin dan kurang mesra bila di hadapan orang ramai, malah Akim juga pernah dikatakan bersikap sombong dengan artis senior di sebuah majlis di luar ibu kota.

Ana Raffali kahwin tahun ni?

Berjaya membawa pulang RM 35,000 dan sebuah trofi setelah lagu miliknya, Tolong Ingatkan Aku berjaya menjadi juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) yang lalu.
Berjanji mahu membuat sebuah majlis kenduri kesyukuran untuk penyokong, media dan orang ramai yang banyak membantunya selama ini, Ana yang ketika di temui di majlis penghargaan meraikan dan penyampaian cek kepada pemenang AJL 25, Ana menyangkal bakal melangsungkan kenduri perkahwinan pada hujung tahun ini.

Ana yang menolak desas des
Ana mahu menghargai semua yang banyak membantunya selama ini
us yang mengatakan dia sudah berpunya, dan mahu menamatkan zaman bujangnya tahun ini bagaimanapun mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki.

"Saya masih belum cukup lagi tolong keluarga saya, dan masih belum bersedia untuk mendirikan keluaga sendiri. Masih banyak yang belum mampu saya  buat untuk keluarga saya, dan saya bukan dilahirkan daripada keluarga yang mewah.
"Ayah saya seorang pesara dan ibu pula hanya suri rumah, kalau boleh sebelum saya berkahwin, saya mahu membantu keluarga saya terlebih dahulu.
"Sewaktu saya menang AJL yang lalu, keluarga saya sangat gembira. Malah kegembiraan mereka melebihi saya, jadi ia memberi semangat untuk saya lebih berusaha dalam bidang kerjaya.
"Tentang teman lelaki, memang saya kalau boleh tidak mahu berahsia, tetap saya tidak boleh terlalu memperkatakan tentangnya atas nasihat syarikat label.
"Tapi sejujurnya, saya melihat orang yang di maksudkan itu lebih kepada kawan karib sahaja kerana dia setiasa ada menyokong saya selama ini dan cerita tenang perkahwinan itu juga tidak benar, kerana saya tidak merancang untuk berkahwin tahun ini,"jelas Ana Raffali.

Kenduri Penghargaan
Atas dasar mahu menghargai orang ramai yang banyak membantunya, Ana bakal menyusun tarikh yang sesuai untuk melangsungkan kenduri penghargaan.
"Insya-Allah, dalam masa terdekat ini saya terlalu sibuk dengan siri jelajah Anugerah Bintang Popular, tapi saya akan cuba cari tarikh yang sesuai untuk meraikan kejayaan saya ini dengan sebuah kenduri.
"Saya juga mungkin akan ambil kesempatan pada hari yang sama untuk melancarkan kelab penyokong saya, In semua tanda kesyukuran daripada pihak saya kepada semua pihak yang membantu termasuk para media,"ceritanya.
Majlis yang berlansung di Eksekutif Dining, Seri Pentas ini turut menyerahkan cek pada pemenang-pemenang lain seperti Faizal Tahir, Black dan Meet Uncle Hussein, dan Hafiz.

Gambar Kekasih Baru Nora Danish

Siapa orang beruntung yang mencuri hati Nora Danish? Nora Danish kelihatan sangat romantis penuh kasih. Namun, banyak peminat Nora Danish bersetuju tentang pakwenya yang tidak begitu tampan (bandingkan dengan bekas suaminya). Tapi saya tidak berfikir tampan adalah apa Nora Danish cari ...

Gambar Kekasih Baru Nora Danish






Saturday, February 12, 2011

Hati Sarimah sudah dimiliki


“Saya akui sedang mengenali sese­orang dan hubungan itu masih dalam peringkat perkenalan lagi. Saya tidak mahu terburu-buru berkongsi soal ini kerana segala-galanya masih terlalu awal. Mungkin apa yang boleh saya katakan, dia seorang yang baik dan memahami saya. Masih lagi seorang lelaki asing namun itu bukanlah satu kemestian yang saya cari. Soal jodoh adalah ketentuan yang melangkaui kemampuan saya.

Petikan dr harian metro

Posting Pertama Gosip artis

Ini posting pertama dalam blog gosip artis ku