Saturday, February 26, 2011

Scha & Awal Bakal Bertunang



Hampir dua tahun bercinta, pelakon, Scha dan Awal Ashaari dikhabarkan bakal melangsungkan pertunangan tidak lama lagi. Malah, pasangan ini juga dikatakan sudah menempah busana untuk digayakan di hari pertunangan itu.
Namun, ketika ditemui di sidang media Anugerah Bintang Popular 2010 baru-baru ini, Scha menafikan berita pertunangannya itu. 
Memang merancang untuk bertunang dan masih mencari masa yang sesuai, Scha bagaimanapun menafikan cerita dia sudah menempah pakaian.
"Saya dan Awal memang ada merancang untuk bertunang, tapi kerana terlalu sibuk dengan macam-macam perkara yang berkaitan dengan kerja, jadi kami tidak ada masa untuk membincangkannya secara terperinci.
"Cerita saya sudah menempah pakaian pertunangan itu sebenarnya tidak benar, dan saya sendiri tidak pernah pergi berjumpa dengan mana-mana pereka fesyen untuk berbincang tentang pakaian pertunangan.
"Saya dan Awal pasti akan bertunang, hanya waktu dan tarikh yang sesuai saja yang belum diketahui, tapi Insya-Allah, jika ia akan berlaku dalam tahun ini juga.
"Tentang majlis, saya dan Awal tidak merancang untuk membuatnya secara besar-besaran, cukuplah sekiranya ia berlangsung dengan keadaan yang ringkas tetapi ia dihadiri oleh orang-orang yang cukup rapat dengan saya,"jelas Scha. 

No comments:

Post a Comment