Saturday, February 26, 2011

Scha & Awal Bakal Bertunang



Hampir dua tahun bercinta, pelakon, Scha dan Awal Ashaari dikhabarkan bakal melangsungkan pertunangan tidak lama lagi. Malah, pasangan ini juga dikatakan sudah menempah busana untuk digayakan di hari pertunangan itu.
Namun, ketika ditemui di sidang media Anugerah Bintang Popular 2010 baru-baru ini, Scha menafikan berita pertunangannya itu. 
Memang merancang untuk bertunang dan masih mencari masa yang sesuai, Scha bagaimanapun menafikan cerita dia sudah menempah pakaian.
"Saya dan Awal memang ada merancang untuk bertunang, tapi kerana terlalu sibuk dengan macam-macam perkara yang berkaitan dengan kerja, jadi kami tidak ada masa untuk membincangkannya secara terperinci.
"Cerita saya sudah menempah pakaian pertunangan itu sebenarnya tidak benar, dan saya sendiri tidak pernah pergi berjumpa dengan mana-mana pereka fesyen untuk berbincang tentang pakaian pertunangan.
"Saya dan Awal pasti akan bertunang, hanya waktu dan tarikh yang sesuai saja yang belum diketahui, tapi Insya-Allah, jika ia akan berlaku dalam tahun ini juga.
"Tentang majlis, saya dan Awal tidak merancang untuk membuatnya secara besar-besaran, cukuplah sekiranya ia berlangsung dengan keadaan yang ringkas tetapi ia dihadiri oleh orang-orang yang cukup rapat dengan saya,"jelas Scha. 

Thursday, February 24, 2011

Selamat Tinggal Dunia Lakonan - Azizah Mahzan

Pelakon Azizah Mahzan bertekad untuk meninggalkan dunia lakonan selepas kecewa dengan drama terakhirnya Spa Qistina gara-gara skrip yang diberikan kepadanya tidak berkualiti dan kurang berprofessional. Menurut Azizah kepada dalam laman mStar baru-baru ini, dia tidak mengharapkan sebuah skrip yang terlalu bagus tetapi cukuplah tidak menampakkannya sebagai seorang yang bodoh.

Soal skrip itulah yang membuatkan Azizah menjadi tidak karuan. Hatinya yang dulu ingin mengundurkan diri dari bidang lakonan, kini sudah tercapai. Azizah bakal meninggalkan dunia lakonan dengan langkah yang terbaik yakni perubahan menutup kepala (tudung). Dan sebagai peminat-peminatnya, anda semua doakan lah yang terbaik untuk Azizah. Selepas ini Azizah akan ke luar negara mencari rezeki di sana dimana dia mahu bekerja sendiri (businesswoman). Semoga berjaya Azizah. :) -Sumber mStar

14,000 bakal saksikan konsert Maher

PENANGAN penyanyi Islamik, Maher Zain mendendangkan lagu popularnya, Insha Allah dan Thank You Allah cukup menambat hati ramai penonton.
Fenomena baru dicetuskan penyanyi kelahiran Tripoli, Lebanon tetapi membesar di Sweden ini berjaya menarik minat masyarakat Islam khususnya mendekati muzik sebagai unsur dakwah, bersatu dan paling penting, sentiasa mengingati Allah yang Maha Esa.

Selepas meraih sambutan menggalakkan daripada peminat dalam dua kunjungan sebelum ini, Maher sekali lagi berkunjung menjayakan konsert Maher Zain Live In Concert - Mercy To Mankind yang akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam Selangor selama dua hari bermula esok jam 7.45 malam.

Merancakkan konsert julung kali ini dianjurkan Inteam Records Sdn Bhd bersama Fiero Sdn Bhd dan kerjasama Awakening Entertainment (United Kingdom), Maher berkesempatan hadir ke Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur kelmarin. Sempena konsert ini, akhbar harian bahasa Melayu nombor satu ini tampil sebagai media rasmi. Sebanyak 200 tiket percuma disediakan untuk pembaca bertuah yang menjawab soalan dan memberi slogan menarik dalam peraduan disertakan.

Kata Maher, dia sangat teruja untuk menjayakan persembahan ini yang menjadi platform mendekati peminat berhibur bersamanya. Dia yang tiba di Kuala Lumpur Ahad lalu, berkata segala persiapan berjalan lancar dan tidak sabar menantikan persembahan yang mengambil masa hingga tengah malam.

"Sebanyak 12 hingga 13 lagu akan saya nyanyikan pada malam itu bersama persembahan pembukaan kumpulan Inteam. Persembahan saya bermula jam 10 malam dan ada kejutan menerusi lagu baru yang akan saya sampaikan. Saya sendiri berbangga menghiburkan peminat yang hadir nanti," katanya.


Bagi Maher yang menghabiskan masa lebih seminggu di sini akui, sambutan peminat terhadap lagunya suatu kejutan dan di luar jangkaan. Album debut, Maher Zain Thank You Allah meraih jualan melebihi 150,000 unit di sini.

Ini adalah kunjungan ketiga Maher selepas mengadakan showcase Oktober tahun lalu dan persembahan amal pada Disember lalu tetapi kali ini persembahan berskala besar. Penyanyi yang bakal bergelar bapa April ini, dijangka menyanyikan dua single baru, Freedom (membawa makna perjuangan) dan No.1 For Me (ditujukan kepada ibu).

Izumi cintai lelaki tua



DUNIA hiburan di Jepun baru-baru ini gempar seketika apabila ada khabar angin mengatakan pelakon dan model berbakat, Izumi Mori mempunyai hubungan sulit dengan lelaki berusia.
Menerusi khabar angin tersebut, Izumi yang berusia 28 tahun dikatakan telah bercinta dengan Ken Koshizoe, seorang lelaki yang kini berusia 57 tahun. Ken adalah bekas suami kepada Nobuko Kotegawa yang juga kakak kepada pelakon terkenal Yuko Kotegawa.
Difahamkan bahawa Ken terbabit dalam pengurusan Persatuan Pelayaran Profesional Jepun, manakala Izumi pula diketahui adalah seorang yang meminati sukan kapal layar.
Menurut sumber terdekat pelakon itu, mereka berdua mula berkenalan beberapa tahun yang lalu apabila Izumi mengunjungi kedai menjual peralatan pelayaran yang diusahakan Ken.
"Bagaimanapun, Izumi memberitahu yang dia sendiri tidak mengetahui bahawa Ken sudah pun berumah tangga," ujar sumber tersebut.
Tambahnya: "Dia hanya mengetahui tentang perkara tersebut ketika ditemu bual oleh majalah mingguan Friday. Namun dikatakan hubungan kedua-duanya kini telah putus."